Tuesday, October 26, 2010

kecubung n mural

Ni pokok kecubung atau nama sainsnya datura metel. lanya dari famili solanaceae, berasal dari asia dan Africa. Ketinggian pokok ini adalah sekitar 2meter. Daun seakan sama dengan daun terung, batang dan rantingnya berwarna ungu gelap. Buahnya seperti buah durian dan ia hanyalah sebesar bola pingpong sahaja. Pokok kecubung juga mempunyai bunga, terdapat berbagai warna bunga kecubung seperti ungu, kuning, oren dan putih. Biasanya kecubung yang mempunyai bunga berwarna putih digunakan dalam perubatan tradisional. Ops lupa lak, bentuk bunga kecubung ni seperti serombong, seperti loceng dan ia agak besar dari buahnya. Pokok kecubung berbunga putih digunakan untuk menghilangkan kembung perut bagi kanak-kanak atau bayi. Caranya adala dengan mengambil sehelai daun kecubung, letak sedikit kapur sireh di atasnya,ambil sedkit air untuk mencairkan kapur. Lepas tu umpal daun dan kapur tersebut sehingga ianya mengeluarkan buih berwarna hijau, dan sapu pada perut bayi. Aku pun pernah pakai ubat ni masa kecik-kecik dulu. Ubat generasi. Selai tu, buah kecubung yang berduri tu (macam khuldi), korang rendam dalam air kosong selama 3 jam, pas tu minum air tu. Ianya amat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana buahnya agak pahit n dalam buah tu ada biji kecik2 memenuhi ruang buah



Ni another pic pokok kecubung.


MURAL

Aku agak berminat dalam melukis mural n ada beberapa tempat yang pernah aku bekerja melukis mural tapi hasilnya biasa aje, belum lagi dapat memuaskan ati aku. hmmm. kena belajar banyak ag sal mural, teknik n buat lebih banyak research.
 Semua keyakinan yang aku perolehi adalah dari ibu tersayang yang banyak memberi dorongan n peluang yang di beri oleh cikgu aku untuk membiarkan aku menconteng dinding sekolah aku. Tu pengalaman yang tak mungkin aku boleh beli dan cari tanpa bantuan dari oran sekeliling.
ni gambar yang aku wat kat bilik muzik sk kangkong pasir mas kelantan. Sekolah aku tu,....aku wat keje ni masa tunggu result spm 2008. Hmm, not bad la bagi aku sbb ni second time aku wat bnda ni. hmm, malas nk tggu upload pic. len kali la masuk pic len...mimosapuddica

Friday, October 1, 2010

who am i....

blog ni dicipta untuk meluah perasaan yang terpendam, perasaan yang hanya dapat diluah oleh keyboard, rasa yang hanya dapat ditulis tanpa suara, tanpa mendengar hakikat yang sebenar......blog ni jugak dicipta kerana dorongan rumate.(hahaha)...! namanya kak ya. kak ya???;). cik siti wan kembang dimana datangnya aku...hmm, tak pandai sangat nak menulis p juz suka2.

Hakikat kehidupan
Kadangkala,
Dalam hidup ini kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik,
Tetapi itu masih belum mencukupi,
Belum mencukupi untuk kita membahagiakan orang lain,
Seringkali kita mudah berpuas hati,
Seringkali kita merasa letih,
Seringkali juga kita merasa tiada siapa mampu tandingi kehebatab kita,
Hakikatnya,
Kita masih di bawah,
Mencari secebis kemenangan yang semakin pudar di cekam senja,
Tiada insan dapat memahami kepedihan kita,
Sekalipun kita hampir mati ditelan lautan keperitan,
Kita masih lagi dicerca sehinnga hujung waktu,
Kemenangan yang diraih bagai dandelion ditiup angin petang,
Hakikat insan bergelar manusia,
Tidak pernah cuba menghargai sebutir mutiara sepi,
Sekalipun diri sendiri,
Tidak pernah sekali kita cuba bangkitkan kebenaran,
Aku bukanlah mutiara yang sepi,
Tapi aku sebutir pasir di pantai yang tiada ternilai,
Kadangkala aku dielus lembut,
Kadangkala aku dipijak-pijak,
Kadangkala aku digenggam,
Tapi hanya untuk seketika,
Kemudian aku dilepaskan lalu ditiup angin,
Siapalah aku,
Sebutir pasir yang hampir tidak di hargai,
Aku digenggam hanya mengotorkan tangan sang manusia,
Masuk ke mata aku di sumpah,
Hilang di mata aku juga yang dicari,
Dimanakah harganya aku,
Bukan salahku menyakiti kamu,
Hanya kerna aku insan biasa,
Tidak aku ingin menyakitkan sesiapa,
Tetapi setelah aku tersedar,
Kau telah pergi meninggalkanku,
Meskipun kau juga mengetahui kekakuanku,
Bukanlah aku manusia  yang pacal,
Sesungguhnya,
Aku hanyalah insan biasa,
Tidak seperti mutiara sepi,
Meskipun sepi,
Nilainya masih ada……
Create by : WSNASWH,03 MEI 2010, jam 1328