Friday, October 1, 2010

who am i....

blog ni dicipta untuk meluah perasaan yang terpendam, perasaan yang hanya dapat diluah oleh keyboard, rasa yang hanya dapat ditulis tanpa suara, tanpa mendengar hakikat yang sebenar......blog ni jugak dicipta kerana dorongan rumate.(hahaha)...! namanya kak ya. kak ya???;). cik siti wan kembang dimana datangnya aku...hmm, tak pandai sangat nak menulis p juz suka2.

Hakikat kehidupan
Kadangkala,
Dalam hidup ini kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik,
Tetapi itu masih belum mencukupi,
Belum mencukupi untuk kita membahagiakan orang lain,
Seringkali kita mudah berpuas hati,
Seringkali kita merasa letih,
Seringkali juga kita merasa tiada siapa mampu tandingi kehebatab kita,
Hakikatnya,
Kita masih di bawah,
Mencari secebis kemenangan yang semakin pudar di cekam senja,
Tiada insan dapat memahami kepedihan kita,
Sekalipun kita hampir mati ditelan lautan keperitan,
Kita masih lagi dicerca sehinnga hujung waktu,
Kemenangan yang diraih bagai dandelion ditiup angin petang,
Hakikat insan bergelar manusia,
Tidak pernah cuba menghargai sebutir mutiara sepi,
Sekalipun diri sendiri,
Tidak pernah sekali kita cuba bangkitkan kebenaran,
Aku bukanlah mutiara yang sepi,
Tapi aku sebutir pasir di pantai yang tiada ternilai,
Kadangkala aku dielus lembut,
Kadangkala aku dipijak-pijak,
Kadangkala aku digenggam,
Tapi hanya untuk seketika,
Kemudian aku dilepaskan lalu ditiup angin,
Siapalah aku,
Sebutir pasir yang hampir tidak di hargai,
Aku digenggam hanya mengotorkan tangan sang manusia,
Masuk ke mata aku di sumpah,
Hilang di mata aku juga yang dicari,
Dimanakah harganya aku,
Bukan salahku menyakiti kamu,
Hanya kerna aku insan biasa,
Tidak aku ingin menyakitkan sesiapa,
Tetapi setelah aku tersedar,
Kau telah pergi meninggalkanku,
Meskipun kau juga mengetahui kekakuanku,
Bukanlah aku manusia  yang pacal,
Sesungguhnya,
Aku hanyalah insan biasa,
Tidak seperti mutiara sepi,
Meskipun sepi,
Nilainya masih ada……
Create by : WSNASWH,03 MEI 2010, jam 1328

No comments:

Post a Comment